PANTAI BATU FERINGGI
Batu Ferringhi merupakan sebuah kawasan pantai di Pulau Pinang, Malaysia. Di sepanjang kawasan pantai yang terkenal ini, Terdapat pelbagai Hotel-hotel besar, Restoran, Perkhidmatan sewa pengangkutan, dan Kedai Cenderamata. Batu Ferringhi terletak bersebelahan dengan Teluk Bahang dan Tanjung Bungah.
|
PENANG STREET ART
Penang street art merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi.Ia satu seni anak muda yang melukis lukisan grafiti pada dinding.

BUKIT BENDERA
Dengan suhu puncak yang agak dingin pada ketinggian lebih 800 meter dari aras laut,Bukit Bendera sememangnya satu destinasi percutian yang ideal untuk mereka yang ingin berbulan madu di Pulau Pinang.

MUZIUM MAINAN
Muzium Mainan Penang mendaftarkan dirinya sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar .

MASJID KAPITAN KELING
Masjid Kapitan Keling adalah masjid terbesar di Georgetown dan juga tempat menarik di Penang. Ianya kelihatan cantik ketika matahari terbenam.

No comments:
Post a Comment